Sunday, February 9, 2014

Cerita Orang Berjaya: Pukul 4.00 pag mereka sudah bangun, kita bagaimana?





Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai 8 Keajaiban Solat Tahajud. Solat Tahajud adalah solat yang sangat mulia. Ianya termasuk dalam Solat Sunnat Mu’akad (solat yang dituntut oleh Syara’). Solat Tahajud boleh dikerjakan paling minima sebanyak dua rakaat dan dilakukan sepanjang malam asalkan pelakunya sempat tertidur. Namun waktu yang paling utama untuk melakukannya adalah padasepertiga akhir dari malam.Pesanan Dari Imam Nawawi:
“Bila engkau tidak mampu bangun malam untuk SOLAT TAHAJUD, juga tidak mampu berPUASA di siang hari,maka ketahuilah bahawa sesungguhnya engkau telah dihalangi untuk melakukannya kerana MAKSIAT dan DOSA yang membelenggumu. Mohonlah perlindungan maksiat dan dosa dari Allah, kerana Dia lah sebaik-baik pelindung..”

Keajaiban Solat Tahajud

Sejarah telah membuktikan bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat selalu melaksanakan Solat Tahajud kerana banyak keajaiban yang terkandung dalam solat tersebut.  Antara 8 keajaiban Solat Tahajud adalah seperti berikut :
 1. Tiket ke Syurga
Abdullah Ibn Muslin berkata “kalimat yang pertama kali ku dengar dari Rasulullah Saw saat itu adalah, “Hai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, bagikanlah makanan, sambunglah silaturahmi, tegakkan lah shalat malam saat manusia lainnya sedang tidur, niscaya kalian masuk surga dengan selamat.” (HR. Ibnu Majah).
2. Menjauhi Penyakit
Salman Al Farisi berkata, Rasulullah Saw bersabda, “Dirikanlah solat malam, kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu,  mendekatkan kamu kepada tuhanmu, penebus perbuatan buruk, mencegah berbuat dosa, danmenghindarkan diri dari penyakit yang menyerang tubuh.” (HR. Ahmad)
3. Mengangkat Darjat Manusia
Rasulullah Saw bersabda, “Jibril mendatangiku dan berkata, “Wahai Muhammad, hiduplah sesukamu, kerana engkau akan mati, cintailah orang yang engkau suka, kerana engkau akan berpisah dengannya, lakukanlah apa keinginanmu, engkau akan mendapatkan balasannya, ketahuilah bahawa sesungguhnya kemuliaan seorang muslim adalahpada solat waktu malam.” (HR. Al Baihaqi)
4. Mendapat Rahmat Allah
Abu Hurairah berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Semoga Allahmerahmati laki-laki yang bangun malam, lalu melaksanakan solat dan membangunkan isterinya. Jika si isteri menolak, ia memercikkan air di wajahnya. Juga, merahmati perempuan yang bangun malam, lalu shalat dan membangunkan suaminya. Jika sang suami menolak, ia memercikkan air di wajahnya.” (HR. Abu Daud)
5. Doa Dikabulkan
Allah SWT berjanji akan mengabulkan doa orang-orang yang menunaikan solat Tahajud dengan ikhlas. “Dari Jabir berkata, bahawa Nabi Saw bersabda, “Sesungguhnya di malam hari , ada satu saat yang ketika seorang muslim meminta kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah memberinya, Itu berlangsung setiap malam.” (HR. Muslim)
6. Penghapus dosa 
Dari Abu Umamah al-Bahili berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Lakukanlah Qiyamul Lail, karena itu kebiasaan orang saleh sebelum kalian, bentuk taqarub, penghapus dosa, dan penghalang berbuat salah.” (HR. At-Tirmidzi)
7. Menewaskan Syaitan
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah Saw bersabda,“Syaitan akan mengikat kepala seseorang yang sedang tidur dengan ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang itu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka terlepaslah ikatan pertama, apabila ia berwudhu maka akan terbukalah ikatan kedua, apabila di solat akan terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akan merasa bersemangat dan ketenangan jiwa, jika tidak maka dia akan malas dan kekusutan jiwa.”
8. Menjaga Kesihatan Rohani Allah SWT menegaskan bahawa orang yang selalu menunaikan solat Tahajud akan dipelihara peribadinya.
Allah Berfirman, “Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. Dan orang yang melewati malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.” (QS. Al-Furqan: 63-64)
Jom kita sama-sama menunaikan Solat Tahajud untuk kebahagiaan hidup kita didunia dan di akhirat.
Jaga Diri, Hiasi Peribadi. Selamat Beramal & Wasalam.


Kat bawah ini ada doa...jom amalkan ^^,

Dari Saya: Beruntungnya kita ada ALLAH

Assalamualaikum wbt...

Selawat dan salam buat Rasul junjungan Muhammad SAW.

Beruntungnya kita ada Allah dan mendekatkan diri kepada Allah.

Allah Maha Kuasa, jika mahu berkuasa kena dekat pada Yang Maha Kuasa.

Allah Maha Kaya, jika mahu kaya kena dekat dengan Yang Maha Kaya.

Allah lah segala-galanya. Hanya Allah kunci penyelesaian semua masalah.

Allah.

Jika kenal Allah, anda akan kenal lebih siapa diri anda dan potensi diri anda.

Teruskan mendekati Allah, PASTI & YAKIN... Allah berkuasa atas segala sesuatu, Allah adalah Penguasa seluruh alam. Allah adalah tempat kita bergantung dan tempat kita meminta sebanyak-banyaknya.

Teruskan tembakan doa-doa.

Selawat.

Istigfar.

Zikir kalian.

Allah.

Allah.

Allah.

Tiada Tuhan disembah melainkan Allah dan NabI Muhammad Pesuruh Allah.



lihat dengan mata hati yang suci, yang dekat pada Ilahi pasti kau akan kenali, ke mana harus kau pergi.



Cerita Orang Berjaya 5: CLCC Bakery D Village.

Assalamualaikum...




Bersua lagi di Cerita Orang Berjaya.

Pemilik CLCC Bakery D Village iaitu Syahadi Ady (Nama Facebook)

"Assalamualaikum...selamat pagi,saya berpendapat mencipta satu produk tidaklah sesukar seperti yang disangka,membina komuniti yang terbaik adalah dari dalam diri seseorang yang mencipta kominiti perniagaan dia sendiri,memberi peluang berniaga kepada yang baru dan ingin berniaga mendapat imbuhan ditempat yang kekal pada kita yang tidak terkira dari NYA.

Dahulu saya berniaga hanya seorang,mencari,menerima,menjual semua seorang tapi terlalu sukar untuk berjaya.Bila saya mendapatmentor yang mendidik cara berniaga dengan lebih memberi dari menerima memberi impak yang amat luarbiasa dalam hidup saya.

Saya membina semula perniagaan dengan cara berjemaah,memberi lebih memberi dari menerima.
Hampir 11tahun saya berniaga terlalu bayak yang telah saya hadapi,dahulu tiada yang kenal Bakery D Village tetapi sekarang dengan cara DAO yang saya ikut hanya dalam masa 4 bulan hampir satu malaysia sudah mula mengenali atas nama CLCC Bakery D Village.



Banyak perubahan berlaku dalam perniagaan dan perubahan hidup saya,saya dapat memberi punca pendapatan pada 9 orang yang dahulunya hanya 3 orang dan 25 orang yang menjadi stokis tetap yang mana terdapat serata negeri yang akan saya serap sebagai branch yang akan membuka kedai serata setiap negeri,hampir 100 dealer dan akan diserap oleh branch kepada stokis.


Bersyukur,selalu bersyukurdan tak terkira syukurnya kehadrat ilahi yang memberi peluang untuk saya meneruskan perniagaan ini...alhamdulillah...terima kasih DAO...
page : Chocolate Lava Cheese








Cerita Orang Berjaya 4: Air minuman ZEEPER

Assalamualaikum...

Cerita Orang Berjaya kembali. agak sibuk dan tidak sempat menaip 2,3 hari ni. Alhamdulillah. Masa terisi sepenuhnya.

Pernah dengar nama Rosniza Saaidin? Atau air minuman ZEEPER?

Mari kita kenali siapakah orangnya.


MINUMAN BERKARBONAT dengan Pelbagai Perisa..sekali minum nak berkali-kali sampai termimpi-mimpi..PERHHHH


untuk maklumat lanjut boleh layari facebook beliau: Rosniza Saaiddin