Wednesday, February 5, 2014

Cerita Orang Berjaya 3 : Datuk Dr. Maznah adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce


Datuk Dr. Maznah adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce. Beliau telah membawa Securiforce yang tidak dikenali langsung 30 tahun dahulu menjadi sebuah syarikat kawalan keselamatan yang terbesar di Malaysia dan berjaya menyaingi lebih 400 buah syarikat lain seumpamanya.
Beliau kini mengepalai lebih 65 buah cawangan, mengetuai lebih 6,000 kakitangan, dan dikelilingi dengan ratusan senjata api dan puluhan van kalis peluru. Apa yang lebih membanggakan, van kalis peluru tersebut telah direkacipta dan dihasilkan oleh Securiforce sendiri. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa perkhidmatan Securiforce bukan terhad kepada ‘static guard’ sahaja malah turut merangkumi logistik, cash-in-transit, pengurusan tunai, high - tech cargo management, perkhidmatan ‘armoured trucking’, dan pelbagai perkhidmatan yang lain. Securiforce memberikan pakej keselamatan yang lengkap dan total, mempelopori konsep ‘total security’. 



Hasil daripada kegigihan beliau dan ‘team’nya menerajui syarikat, kini Securiforce mempunyai beberapa buah anak syarikat yang sedang berkembang maju. Antaranya ialah Danau Lumayan, pemaju hartanah di Bandar Tun Razak. membina pangsapuri /kondominium mewah, ‘penthouse’ yang eksklusif dan lot – lot kompleks perniagaan. 
Bagi menepati keperluan semasa, Securiforce juga bergiat aktif dan telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa dengan menubuhkan Securiforce Logistik (agen penghantaran darat, laut dan udara), beliau telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa meliputi rantau Asia, Eropah dan Timur Tengah.  Securiforce Logistik memiliki cawangan di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman. Apa yang menarik mengenai 'success story' Datuk Dr. Maznah ialah kesemua anak syarikatnya ditubuhkan dan berkembang maju tanpa sebarang bantuan kewangan daripada bank. Kejayaan ini, amat dikagumi oleh pelbagai pihak dan segala lapisan masyarakat. Prinsip kejayaan beliau ialah 'modal perniagaan yang sebenarnya adalah dirinya sendiri'.

Beliau merupakan seorang yang dinamik, berfikiran positif, bersemangat waja, cekal dan berani menanggung risiko. Beliau memegang teguh prinsip 'kita mesti sanggup bekerja lebih daripada gaji yang dibayar, maka akhirnya kita akan mendapat lebih dari apa yang kita kerjakan'. Prinsip ini telah membawa kejayaan besar di dalam bidang kerja dan perniagaannya membolehkan beliau berada di tahap sekarang. 
Beliau merupakan seorang ‘pendidik’ , GURU Keusahawanan serta aktivis kemasyarakatan yang dikenali oleh seluruh peringkat masyarakat didalam dan di luar negara. Berdasarkan kepada ciri-ciri kepimpinan dan keusahawanan yang begitu ketara pada diri beliau, beliau telah diundang untuk memperkenalkan rancangan motivasi di TV3 pada tahun 1990. Disitulah beliau menjadi kaunselor motivasi dan 'success counsellor' dimana kita sering mendengar suaranya di radio dan melihat wajahnya di kaca TV. Kemunculan beliau yang meluas di TV1, TV2, TV3, Astro serta pelbagai bentuk media yang lain menambahkan populariti beliau sebagai seorang tokoh masyarakat yang disegani. Selain daripada itu, beliau juga merupakan pakar motivasi, pembangunan insan dan keusahawan serta 'success counselor' di institusi - institusi  pengajian tinggi.

'modal perniagaan yang sebenarnya adalah dirinya sendiri'.

Oleh kerana minatnya yang begitu besar terhadap pembangunan insan, beliau telah menubuhkan MMC, Maznah Motivational Centre yang mengelolakan seminar-seminar keusahawanan dan pembangunan insan. Ketahanan, ’guts feeling’, kekebalan, ’persistency’ dan ‘sustaining power’ yang beliau miliki merupakan aset utama diri beliau dan itulah yang cuba diterapkan kepada orang ramai melalui seminar ”ZERO TO HERO” dan ’AWAKEN THE SPIRIT OF ETREPRENEURSHIP/INTRAPRENEURSHIP’. Melalui seminar ini, beliau ingin membangkitkan dan menyerapkan semangat keusahawanan ke dalam diri setiap insan.
Beliau telah berjaya menerbitkan buku bertajuk 'MOTIVASI MEMBURU KEJAYAAN' (versi Melayu dan Mandarin), Buku Mini Siri Rahsia 3K – Kejayaan, Kebahagiaan dan Kekayaan serta menerbitkan Album Motivasi Musikal 3K yang mendapat sambutan hangat berdasarkan kepada pengalaman serta prinsip-prinsip yang menjadi amalan kepada dirinya di dalam usahanya memburu kejayaan. 
Beliau juga memiliki Phd, Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Keusahawanan, Motivasi dan Modal Pembangunan Insan dari Central State University of New York dan juga Presiden, Malaysian Association of Professional Speakers (MAPS). MAPS kini merupakan Ahli International Federation for Professional Speakers (IFFPS). 

Beliau juga merupakan seorang wanita yang sangat aktif di dalam persatuan dan memegang berbagai jawatan. Antaranya beliau telah dilantik menjadi
  • Vice President  of the Women World Entrepreneur Association (FCEM)
  • Ahli Lembaga Pengarah Golden Hope Plantations Berhad
  • Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultanah Bahiyah, Kedah
  • Felo Adjung Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia - (UUM)
  • Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah Uniutama Property Sdn Bhd. (UPSB) - UUM
  • Ahli Lembaga Pengarah, Uniutama Managament Holdings Sdn Bhd (UMHSB) – UUM
  • Ahli Majlis Pembangunan Usahawan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD)
  • Ahli Majlis Penasihat Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)
  • Ahli Majlis Pelan Tindakan Pembangunan Ummah, Jabatan Perdana Menteri
  • Ahli Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
  • Pengerusi, Biro Keusahawanan, Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
  • Ketua Wanita, Pergerakan Wanita UMNO Negeri Kedah
  • Ketua Wanita, Barisan Nasional, Negeri Kedah
  • Pengerusi, Ekonomi & Keusahawanan Wanita UMNO Negeri Kedah
  • Ketua Wanita, Pergerakan Wanita UMNO Negeri Kedah, Bahagian Jerlun
  • Pengerusi, Majlis Pembangunan Wanita & Keluarga (MPWK) Parlimen Jerlun, Kedah
  • Presiden Kehormat USAHAWATI
  • Presiden , Malaysian Association of Profession Speakers (MAPS)
  • Advisor, Excellerated Business School Inc, USA
  • Advisor, Success Resources Training School, Pte Ltd 

Di atas kecemerlangan dan ketokohannya, beliau telah dikurniakan anugerah-anugerah berikut :

  • Anugerah Graduan Cemerlang Daya Kepimpinan Diri - PDL.
  • Anugerah Tokoh Usahawan – DPMM (WP) – 1990
  • Anugerah Wanita Cemerlang Tan Sri Fatimah Hashim -Avon
  • Anugerah Wanita Kehormat - Universiti Putra Malaysia
  • Anugerah Khas Hari Kualiti Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD)
  • Anugerah Kecemerlangan Wanita 2005 – Majalah Her World
  • Anugerah Wanita Kedah Cemerlang 2006 – Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman
  • Tokoh Usahawan 2006 – DPMM – Kedah
  • Anugerah BrandLaureate –SMEs, Brand Personaliti 2007 – (The Asia Pacific Brand Foundations - APBF)
  • Anugerah Ibu Usahawan 2008 –  AVON
  • Anugerah Ijazah Kehormat Keusahawanan 2008 – Help University
  • Anugerah ‘Tribute to Women 2008’ – (Usahawan)
  • Anugerah Usahawan Luarbiasa – National Women Entrepreneurs Award 2008 - (NWEA - SMIDEC)
  • Anugerah Phd, Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Keusahawanan, Motivasi dan Modal Pembangunan Insan dari Central State University of New York
  • Anugerah Perdana Menteri Usahawan Wanita 2011 (Finalis)
  • Anugerah Platinum Entrepreneur Award 2011 – SME Recognition Award 2011
  • Anugerah Tokoh Ibu Harmoni 2012 – Utusan Karya

Beliau adalah ibu kepada 5 orang anak dan 4 cucunda. Keluarga merupakan pemangkin utama kejayaan dan sumber inspirasi beliau. Malahan anak-anak juga telah dilatih serta diterapkan semangat keusahawanan semenjak awal lagi. Demikianlah diantara simbol kejayaan beliau sehingga beliau dianggap sebagai model usahawan yang berjaya dan dikagumi masa kini. Maka tidak asinglah jika beliau diberi gelaran “THE IRON LADY”.

Berlatar belakang ijazah perakaunan, wanita besi ini memulakan kerjaya sebagai guru tusyen. Mengajar tusyen Bahasa Inggeris kepada anak-anak pegawai kedutaan asing dan ahli-ahli korporat asing di KL. Beliau melihat sendiri kemewahan dan kekayaan mereka. Rupa-rupanya dia tidak melihat sahaja tetapi jauh di sudut hatinya ada api yang membakar!
Tercabar dengan kata-kata salah seorang dari mereka, "Kamu tidak akan mampu mendapat kekayaan seperti saya jika hanya bekerja makan gaji!".

Saat itu hatinya terbakar marak. Sesuatu mesti dilakukan. "Aku mesti 're-form diriku!". Maka hasrat itu dinyatakan kepada suaminya. Terkejut besar si suami bila mendengar bisnes yang ingin diceburi oleh isteri tercinta. "Saya nak mulakan bisnes 'SECURITY GUARD'.". Bagaimana mungkin seorang wanita mahu menceburkan diri dalam bisnes yang sangat mustahil untuk seorang wanita ketika itu. Lagipun belum ada orang yang berani memulakan bisnes yang penuh risiko itu. Itulah permulaannya bagi 'THE IRON LADY OF MALAYSIA' ini!

Catatan:
1. Hari ini Datuk Maznah merupakan satu-satunya wanita yang mengusahakan bisnes pengawal keselamatan dan senjata di Malaysia dan di Asia. 
2. Satu perkara paling menarik dalam cerita 'Iron Lady' ini ialah MOTIVASI yang ada dalam dirinya.
3. MOTIVASI yang menjadi penggerak manusia untuk terus hidup dan menghidupkan mimpi.








No comments:

Post a Comment