Wednesday, February 5, 2014

Cerita Orang Berjaya 3 : Datuk Dr. Maznah adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce


Datuk Dr. Maznah adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce. Beliau telah membawa Securiforce yang tidak dikenali langsung 30 tahun dahulu menjadi sebuah syarikat kawalan keselamatan yang terbesar di Malaysia dan berjaya menyaingi lebih 400 buah syarikat lain seumpamanya.
Beliau kini mengepalai lebih 65 buah cawangan, mengetuai lebih 6,000 kakitangan, dan dikelilingi dengan ratusan senjata api dan puluhan van kalis peluru. Apa yang lebih membanggakan, van kalis peluru tersebut telah direkacipta dan dihasilkan oleh Securiforce sendiri. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa perkhidmatan Securiforce bukan terhad kepada ‘static guard’ sahaja malah turut merangkumi logistik, cash-in-transit, pengurusan tunai, high - tech cargo management, perkhidmatan ‘armoured trucking’, dan pelbagai perkhidmatan yang lain. Securiforce memberikan pakej keselamatan yang lengkap dan total, mempelopori konsep ‘total security’. 



Hasil daripada kegigihan beliau dan ‘team’nya menerajui syarikat, kini Securiforce mempunyai beberapa buah anak syarikat yang sedang berkembang maju. Antaranya ialah Danau Lumayan, pemaju hartanah di Bandar Tun Razak. membina pangsapuri /kondominium mewah, ‘penthouse’ yang eksklusif dan lot – lot kompleks perniagaan. 
Bagi menepati keperluan semasa, Securiforce juga bergiat aktif dan telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa dengan menubuhkan Securiforce Logistik (agen penghantaran darat, laut dan udara), beliau telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa meliputi rantau Asia, Eropah dan Timur Tengah.  Securiforce Logistik memiliki cawangan di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman. Apa yang menarik mengenai 'success story' Datuk Dr. Maznah ialah kesemua anak syarikatnya ditubuhkan dan berkembang maju tanpa sebarang bantuan kewangan daripada bank. Kejayaan ini, amat dikagumi oleh pelbagai pihak dan segala lapisan masyarakat. Prinsip kejayaan beliau ialah 'modal perniagaan yang sebenarnya adalah dirinya sendiri'.

Beliau merupakan seorang yang dinamik, berfikiran positif, bersemangat waja, cekal dan berani menanggung risiko. Beliau memegang teguh prinsip 'kita mesti sanggup bekerja lebih daripada gaji yang dibayar, maka akhirnya kita akan mendapat lebih dari apa yang kita kerjakan'. Prinsip ini telah membawa kejayaan besar di dalam bidang kerja dan perniagaannya membolehkan beliau berada di tahap sekarang. 
Beliau merupakan seorang ‘pendidik’ , GURU Keusahawanan serta aktivis kemasyarakatan yang dikenali oleh seluruh peringkat masyarakat didalam dan di luar negara. Berdasarkan kepada ciri-ciri kepimpinan dan keusahawanan yang begitu ketara pada diri beliau, beliau telah diundang untuk memperkenalkan rancangan motivasi di TV3 pada tahun 1990. Disitulah beliau menjadi kaunselor motivasi dan 'success counsellor' dimana kita sering mendengar suaranya di radio dan melihat wajahnya di kaca TV. Kemunculan beliau yang meluas di TV1, TV2, TV3, Astro serta pelbagai bentuk media yang lain menambahkan populariti beliau sebagai seorang tokoh masyarakat yang disegani. Selain daripada itu, beliau juga merupakan pakar motivasi, pembangunan insan dan keusahawan serta 'success counselor' di institusi - institusi  pengajian tinggi.

'modal perniagaan yang sebenarnya adalah dirinya sendiri'.

Oleh kerana minatnya yang begitu besar terhadap pembangunan insan, beliau telah menubuhkan MMC, Maznah Motivational Centre yang mengelolakan seminar-seminar keusahawanan dan pembangunan insan. Ketahanan, ’guts feeling’, kekebalan, ’persistency’ dan ‘sustaining power’ yang beliau miliki merupakan aset utama diri beliau dan itulah yang cuba diterapkan kepada orang ramai melalui seminar ”ZERO TO HERO” dan ’AWAKEN THE SPIRIT OF ETREPRENEURSHIP/INTRAPRENEURSHIP’. Melalui seminar ini, beliau ingin membangkitkan dan menyerapkan semangat keusahawanan ke dalam diri setiap insan.
Beliau telah berjaya menerbitkan buku bertajuk 'MOTIVASI MEMBURU KEJAYAAN' (versi Melayu dan Mandarin), Buku Mini Siri Rahsia 3K – Kejayaan, Kebahagiaan dan Kekayaan serta menerbitkan Album Motivasi Musikal 3K yang mendapat sambutan hangat berdasarkan kepada pengalaman serta prinsip-prinsip yang menjadi amalan kepada dirinya di dalam usahanya memburu kejayaan. 
Beliau juga memiliki Phd, Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Keusahawanan, Motivasi dan Modal Pembangunan Insan dari Central State University of New York dan juga Presiden, Malaysian Association of Professional Speakers (MAPS). MAPS kini merupakan Ahli International Federation for Professional Speakers (IFFPS). 

Beliau juga merupakan seorang wanita yang sangat aktif di dalam persatuan dan memegang berbagai jawatan. Antaranya beliau telah dilantik menjadi
  • Vice President  of the Women World Entrepreneur Association (FCEM)
  • Ahli Lembaga Pengarah Golden Hope Plantations Berhad
  • Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultanah Bahiyah, Kedah
  • Felo Adjung Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia - (UUM)
  • Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah Uniutama Property Sdn Bhd. (UPSB) - UUM
  • Ahli Lembaga Pengarah, Uniutama Managament Holdings Sdn Bhd (UMHSB) – UUM
  • Ahli Majlis Pembangunan Usahawan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD)
  • Ahli Majlis Penasihat Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)
  • Ahli Majlis Pelan Tindakan Pembangunan Ummah, Jabatan Perdana Menteri
  • Ahli Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
  • Pengerusi, Biro Keusahawanan, Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
  • Ketua Wanita, Pergerakan Wanita UMNO Negeri Kedah
  • Ketua Wanita, Barisan Nasional, Negeri Kedah
  • Pengerusi, Ekonomi & Keusahawanan Wanita UMNO Negeri Kedah
  • Ketua Wanita, Pergerakan Wanita UMNO Negeri Kedah, Bahagian Jerlun
  • Pengerusi, Majlis Pembangunan Wanita & Keluarga (MPWK) Parlimen Jerlun, Kedah
  • Presiden Kehormat USAHAWATI
  • Presiden , Malaysian Association of Profession Speakers (MAPS)
  • Advisor, Excellerated Business School Inc, USA
  • Advisor, Success Resources Training School, Pte Ltd 

Di atas kecemerlangan dan ketokohannya, beliau telah dikurniakan anugerah-anugerah berikut :

  • Anugerah Graduan Cemerlang Daya Kepimpinan Diri - PDL.
  • Anugerah Tokoh Usahawan – DPMM (WP) – 1990
  • Anugerah Wanita Cemerlang Tan Sri Fatimah Hashim -Avon
  • Anugerah Wanita Kehormat - Universiti Putra Malaysia
  • Anugerah Khas Hari Kualiti Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD)
  • Anugerah Kecemerlangan Wanita 2005 – Majalah Her World
  • Anugerah Wanita Kedah Cemerlang 2006 – Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman
  • Tokoh Usahawan 2006 – DPMM – Kedah
  • Anugerah BrandLaureate –SMEs, Brand Personaliti 2007 – (The Asia Pacific Brand Foundations - APBF)
  • Anugerah Ibu Usahawan 2008 –  AVON
  • Anugerah Ijazah Kehormat Keusahawanan 2008 – Help University
  • Anugerah ‘Tribute to Women 2008’ – (Usahawan)
  • Anugerah Usahawan Luarbiasa – National Women Entrepreneurs Award 2008 - (NWEA - SMIDEC)
  • Anugerah Phd, Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Keusahawanan, Motivasi dan Modal Pembangunan Insan dari Central State University of New York
  • Anugerah Perdana Menteri Usahawan Wanita 2011 (Finalis)
  • Anugerah Platinum Entrepreneur Award 2011 – SME Recognition Award 2011
  • Anugerah Tokoh Ibu Harmoni 2012 – Utusan Karya

Beliau adalah ibu kepada 5 orang anak dan 4 cucunda. Keluarga merupakan pemangkin utama kejayaan dan sumber inspirasi beliau. Malahan anak-anak juga telah dilatih serta diterapkan semangat keusahawanan semenjak awal lagi. Demikianlah diantara simbol kejayaan beliau sehingga beliau dianggap sebagai model usahawan yang berjaya dan dikagumi masa kini. Maka tidak asinglah jika beliau diberi gelaran “THE IRON LADY”.

Berlatar belakang ijazah perakaunan, wanita besi ini memulakan kerjaya sebagai guru tusyen. Mengajar tusyen Bahasa Inggeris kepada anak-anak pegawai kedutaan asing dan ahli-ahli korporat asing di KL. Beliau melihat sendiri kemewahan dan kekayaan mereka. Rupa-rupanya dia tidak melihat sahaja tetapi jauh di sudut hatinya ada api yang membakar!
Tercabar dengan kata-kata salah seorang dari mereka, "Kamu tidak akan mampu mendapat kekayaan seperti saya jika hanya bekerja makan gaji!".

Saat itu hatinya terbakar marak. Sesuatu mesti dilakukan. "Aku mesti 're-form diriku!". Maka hasrat itu dinyatakan kepada suaminya. Terkejut besar si suami bila mendengar bisnes yang ingin diceburi oleh isteri tercinta. "Saya nak mulakan bisnes 'SECURITY GUARD'.". Bagaimana mungkin seorang wanita mahu menceburkan diri dalam bisnes yang sangat mustahil untuk seorang wanita ketika itu. Lagipun belum ada orang yang berani memulakan bisnes yang penuh risiko itu. Itulah permulaannya bagi 'THE IRON LADY OF MALAYSIA' ini!

Catatan:
1. Hari ini Datuk Maznah merupakan satu-satunya wanita yang mengusahakan bisnes pengawal keselamatan dan senjata di Malaysia dan di Asia. 
2. Satu perkara paling menarik dalam cerita 'Iron Lady' ini ialah MOTIVASI yang ada dalam dirinya.
3. MOTIVASI yang menjadi penggerak manusia untuk terus hidup dan menghidupkan mimpi.








Cerita Orang Berjaya 2 :Jutawan Kek ~~~~ Anis Choc Moist Cake







[ KAMI PUN TAKUT...]
Orang kita TAKUT GAGAL?..Kami pun dulunya takuttt..8

Itulah ketakutan paling besar dalam diri kita..Jangankan kata orang lain, kami sendiri pun dulunya orang yang seperti sebahagian besar macam kat luar sana..Bertahun-tahun buat kek di rumah.Dari rumah kecik,seorang pekerja (Kak Wati) berpindah ke rumah yang besar sikit..sebab rumah lama tu dah tak muat nak letak orang dan nak letak barang.Kesian pulak kat pembantu dan anak-anak terpaksa bersempit-sempit tak selesa berkongsi tempat dengan si chocolate cake pulak..

Bila dah tak muat rumah yang kecik tu,pindah pulak ke rumah yang besar sikit..pekerja pun dah bertambah menjadi 2 orang, cari yang ada kitchen besar sikit..boleh letak steamer kat belakang rumah..nasib baik jiran semua bekerja siang hari,so diorang tak dengar bunyi steamer kami macam bunyi hon keretapi tu.Masa tu dah berada di comfort zone..teragak-agak nak bergerak..nak bertindak..sungguh tak ada kekuatan masa tu..Takutttt...

Tapi dalam diam-diam,aku dan suami berpusing-pusing jugak ke kawasan yang berhampiran dengan rumah untuk mencari kedai.Setahun jugaklah kami berlegar-legar kat Shah Alam cari kedai..bila tanya berapa sewa sebulan?Rm 4K,Rm 5K..yang best kat Glenmarie sampai Rm 7K.Semangat yang menggunung longlai lagi..tak mampu rasanya nak bayar sewa sebanyak tu..jadi kami bertahan lagi dalam comfort zone kami...Takuttt dengar sewa sebanyak tu..terus down lagi..

Takut betul nak bergerak (atau nak cari kedai) masa tu,nak kata takut kek tak laku..masa tu dah 4 tahun buat kek..sale increasing every month n every year..Tapi masih tak BERANI lagi nak keluar dari rumah..senang buat kat rumah,selesa..maid/pekerja yang buatkan kek pun senang,tak payah nak gerak2 ke mana2..pastu boleh sambil2 tengok-tengokkan anak-anak sekali..waaa best,senang hidup macam ni..risiko paling rendah...Lagipun masa tu takut, dapatkah kami bayar duit sewa kedai tu nanti?dapatkah bayar duit gaji pekerja?dapatkah bayar duit bil air dan elektrik?
takutttnyaaa...Tapi yang paling takut adalah KAMI TAKUT GAGAL..Akibatnya, kami terperangkap dalam comfort zone lagi..

Turning point yang pertama untuk kami keluar dari comfort zone ialah bila mendapat semangat dari sepupu suami iaitu Abang Lan dan Kak Iza..Ingat lagi Abang Lan cakap,tak boleh dah buat kat rumah tu..kena expand..cari kedai..Suami masih takut-takut lagi..Lepas tu kami ke beberapa kursus nak buat pinjaman nak bukak kedai..nak dapatkan idea camana sebenarnya orang dok buat pinjaman ni..tapi disebabkan masih TAKUT lagi..kami pun sengaja melupakan impian kami..impian anak-anak kami..

Tapi...turning point yang paling utama ialah bila saya dapat memujuk suami menemani untuk ke Seminar Dr Azizan..masa tu SKPD..pada April 2010.Sebenarnya boleh je saya ajak kawan-kawan ke seminar tersebut,tapi masa tu dah pandai sikit..saya fikir,saya ni jenis yang senang belajar,sure saya akan dapat sesuatu/semangat dalam seminar tersebut (perasan!). Tapi apa gunanya kalau saya bersemangat sorang-sorang?Kalau saya sorang,nanti balik rumah suami bukan nak faham apa yang kita ceritakan..nanti dia condemn lagi..last-last bila kita sakit hati,kita pun diam je lah kannn..Jadi,macamana pun saya kena cari jalan supaya suami ikut sama dalam kelas tersebut.

Alhamdulillah..suami pun diberi Nur untuk menemani saya..Ingat lagi,kami duduk di depan sekali..Awal-awal lagi saya dah bersemangat dan boleh ngam dengan cara penyampaian Dr Azizan..Tapi bila tengok suami kat sebelah..Nampak sangat dia tak boleh terima cara Dr Azizan..bila disuruh tepuk tangan,dia tak tepuk..disuruh bangun,dia macam nak marah..(Sekarang kalau suami tengok student Dr Azizan dlm seminar2nya yg buat endah tak endah dengan arahan Dr Azizan..marah pulak dia..hehe..)

Tapi....selepas sejam,dua jam..saya perhatikan suami dah releks..dah boleh tersenyum kalau Dr Azizan buat lawak..dah boleh ikut tepuk tangan..dah boleh bangun melompat!..Alhamdulillah..sayalah manusia paling happy masa tu..Rupanya bila dah balik rumah, suami cerita..memang betul lah dia EGO pada mulanya..sebab katanya dia pun di bidang HR kan ada training..Selalunya dia kata training di ofis ni adalah perkara yang paling membosankan..mengantuk sebab trainer kadang2 baca apa yang tulis kat manual atau slide saja..dan semuanya teori semata-mata..

Yang ini lain..kata suami..dia kagum melihat Dr Azizan dapat control seramai 2000 orang di Wisma MCA.Mereka ini semua terpaku dan tak bergerak-gerak dari tempat duduk selama berjam-jam..nak ke toilet pun rasa rugi takut ada point yang terlepas..

Dan semenjak itulah kami menjadi orang yang BERANI!..

Lepas balik saja dari kelas Dr Azizan...kami mula cari kedai..rumah pun dah tak macam rumah..bayangkanlah,meja makan kami seperti pulau yang dikelilingi telur,gula,tepung dan kotak-kotak..Memang sudah sampai masanya kami perlu bertindak!

Bila diri dah di kelilingi aura-aura positif..kita akan menjadi magnet kejayaan dan kekayaan..ia akan terjadi bagi orang-orang yang mempercayainya sahaja..Kedai yang sebelum ni kami tak dapat cari,tiba-tiba menjadi banyak sangat pilihannya masa tu.Kami pilih kedai yang paling belakang kerana itulah kedai yang paling murah pada masa tu (Mei 2010) dan rancangan asal kami nak buat production kek sahaja.

Dari situlah kami dah mula jadi BERANI..BERANI DAN BERANI!...Dari takut nak bukak 1 kedai (Mei 2010), selepas setahun kami bukak kedai ke 2 (Oktober 2011) untuk production tart nenas kami..pada June 2012 kami buka kedai untuk production kek yang ke 3..Alhamdulillah..ini semua terhasil dari keBERANIan dan keyakinan kami yang tinggi kepada Allah SWT.Juga jutaan terima kasih kami kepada Dr Azizan Osman kerana andalah kami menjadi seBERANI begini...Semoga Dr Azizan Osman dan keluarga serta keturunannya diberi rezeki yang melimpah-limpah dan di bawah lindungan Allah SWT

sumber: Anis Choc Moist Cake


Cerita Orang Berjaya 1

Pesan mentor saya Dr Azizan Osman

"Nak berjaya kena gagal. sebab nak mencapai sesuatu kejayaan atau matlamat itu perlu dan mesti melalui proses-proses tertentu. Salah satu proses wajib ialah TEKANAN, CABARAN dan  KEGAGALAN.

Setiap TINDAKAN akan mewujudkan halangan atau cabaran. Jika diri kita mampu lebih kuat atau ada kuasa sama ada kuasa fizikal, kuasa ilmu atau kuasa berani dan bijaksana merempuh atau mengatasi halangan atau cabaran, maka lebih mudah untuk kita berjaya"







BERJAYA DENGAN PRODUK SHAKLEE

Assalamualaikum...

Pernah dengar jutawan Shaklee.
Alhamdulillah. Ramai sudah menjadi jutawan SHAKLEE.

Rata-rata mereka menjana pendapatan 5 - 6 angka dengan jualan SHAKLEE.
Apa rahsia mereka?

1. Kongsi.

Mereka tidak takut untuk berkongsi ilmu, berkongsi manfaat Shaklee kepada kesihatan mereka. Rata-rata kita takut untuk keluarkan duit untuk JADI SIHAT. Tapi ramai yang keluarkan duit untuk JADI TIDAK SIHAT.

Alhamdulillah. saya sudah menjadi ahli dan pengedar Shaklee yang sah dengan RM0 sahaja. Tiada modal.

Saya pilih untuk SIHAT. Dan anda juga harus memilih jalan yang sama.








KUASA MINDA dan KUASA TINDAKAN

KUASA atau POTENSI

Percaya atau tidak, setiap orang ada kekuatan tersendiri.

Bagaimana sesetengah orang boleh berjaya tidak penting. Tetapi MENGAPA seseorang berjaya itu lebih penting.

Akan datang kami akan ceritakan kejayaan demi kejayaan mereka-mereka yang sudah berjaya dengan KUASA MINDA dan KUASA TINDAKAN.

Anda juga boleh layari http://www.majalahniaga.com/

banyak kisah-kisah kejayaan boleh di baca bersama.